Sekiranya terdapat kepincangan penulisan saya atau ketidakpuasan hati anda saya minta maaf sahajalah. Bukan berniat menyakit hati anda atau memeprovokasi anda. Dan sekiranya ingin mengeratkan hubungan silatulrahim dengan saya atau ingin bertukar-tukar pendapat dengan saya sila hubungi saya nombor telepon : 017-6802502 atau emailkan ke usug84@gmail.com/d_cromoker@yahoo.com. Atau melalui Facebook www.facebook.com/suhartomuntasir.
Pengenalan mengenai saya

Saya Suharto bin Muntasir, uniknya nama jawa saya walaupun saya bukan berbangsa jawa tetapi berbangsa tausug yang berkelana di bumi semenjung dan saya lahir di kota kinabalu, Sabah. Saya berusia 27 tahun, masih bujang. Berkerja sebagai juruteknik di sebuah kilang swasta. Saya bukanlah berpendidikan tinggi sampai ke intitusi pengajian awam. Saya belajar setakat diploma kejuruteraan elektrikal dan elektronik itupun diploma kolej swasta PTPL. Jika ada kesalahan ayat tatabahasa itu minta maafla dan mohon anda fahamlah bahasa saya yang tungang-lengang.
Mengenai blog saya adalah pandangan saya yang tidak semestinya betul seratus peratus. Blog saya ini berkaitan bangsa suluk dan permasalahan. Bahasa pengantara dalam blog ini adalah dalam bahasa Melayu kerana saya pun agak kurang fasih berbahasa suluk dan kekadangkala sukar menyampaikannya dalam bahasa suluk. Tidak pula saya berniat melupakan bangsa ibunda saya ini cuma kurang paham saya berbahasa suluk.